Dulu aku melangkah keluar dari sekolah penghidupan membawa satu misi iaitu 'merubah dunia' .Mungkin ada yang berkata 'kau ingat kau hebat nak ubah dunia' memang aku tak hebat tapi aku ada sahabat yang osem yang berjalan sama-sama dengan aku dalam jalan nih dieorang yang menghulurkan tangan aku sewaktu aku jatuh , menyediakan diri untuk membantu sewaktu aku serabut.
Seorang ikhwah cadang untuk buat flashmob untuk membanteras hari kekasih . Apa yang aku katakan ianya tak semudah makan aiskrim magnum. Semuanya bekerja keras ,sebelum hari berlansungnya FM tu pelbagai dugaan yang mereka hadapi tapi aku tahu mereka qowiy tak gentar dengan dugaan. Bermalam2 tidut dipejabat ikram wilayah rasa seperti dirumah sendiri. huh'
Disebabkan aku tak hebat jadi aku cuma join traning yang first je yang lain aku tak pergi sebab kena balik kampung tahlil arwah nenek then balik negeri sembilan ummi nk uruskan segala bil-bil. Aku cadang dari n9 terus nak pergi pejabat ikram sebab esoknya dah FM aku pulak tak traning apa-apa sejak gaya diubah. Tapi baju pulak tak cukup -_- ape lagi selongkar almari mak aku cari baju dah jumpe baju untuk hari FM tapi baju untuk balik hari tuh takde. Akhirnya terpaksa pakai baju kurung mak aku .Sampai2 je nmpak dieorang jalan-jalan kat tepi masjid -_-'' nk pergi mane tuh jangan tinggal aku . Pergi pejbat abg bai ckp dieorang tranning kat masjid .Okeh buat muke toye pakai baju kurung tengah-tengah hari jalan sensorang pergi kat dieorang -_-'' korang takkan tahu bertapa awkwarrdnya aku rasa. huh'
Malan tuh aku ,nadiah n asma' servey tempat. Okeh serius jauhhhh jalan kaki pulak tuh .Sekali pergi esoknya dekat je rase sebab ikut jalan lain. Dugaan demi dugaan kami tak dibenarkan buat kat tempat tuh dua tiga tempat jugak kami di'halau' disitu aku lihat kegigihan orang-orang kuat FM ni deal dgn guard yang ada kat situ. Percaya atau tidak tiada sorang pon yang mengalah semua makin bersemangat Allah. Makin byak tempat kami pergi makin ramai orang akan terdedah dengan benda yang kami sampaikan hebat kan perancangan Allah .
Sampai ditempat yang boleh speker rosak rasa kesihan dengan ikhwah yang kehulu-kehilir angkat benda tu . Dengan berbekalkan suara yang merdu kami menyayikan sendiri tiada bantahan dari seorang pun kami jalankan FM seperti biasa . Alhamdulillah misi berjaya
Semoga kami dapat mengetuk pintu hati manusia-manusia disana. Tak cukup waktu perjalanan pulang masing-masing menunjukkan poster-poster yang ada dan mengedarkan flyers2. Ada yang kata buat lagi sekali lah tak puas hati yang tadi. huh' semangat mereka berkobar untuk buat lagi. Aku hanya mampu tersenyumwalaupun hati ingin menangis megenangkan sayangnya Allah pada kami dengan memberi pelbagai ujian dan nikmat.
Segala yang berlaku dengan perancangan Allah adalah yang terbaik . kenapa ? kerana Allah merancang dengan cinta. <3
Apa-apa pun tahniah buat Pengarah program orang yang kecil tetapi hebat. Semua pic-pic yang bertungkus-lumus ,berguling-guling menjayakan FM ni dan kepada semua sukarelawan yang datang dari setiap pulusuk malaysia. clap clap anda hebattt