Tajuk : Semanis Persahabatan
Penulis : Aina Mardiyyah Wahidudin
Penerbit : Warna Pelangi sdn .bhd
"Horray !!! " suara Atika kedengaran dalam kelas 5 Dinamik hampir satu kelas memandang kearahnya . Cikgu Ruselynda menjeling tajam tanda tidak gemar akan perbuatan Atika ."menang loteri ke atika ?" kata Cikgu Ruselynda . Atika diam seribu bahasa . Atika bersorak gembira kerana cuti sekolah akan datang dia . Asykin,Salbiah, dan Farah akan ke Rantau Abang, Terengganu kerana Salbiah mendapat penginapan percuma di Hotel Teratai disebabkan ibu bapanya tidak mahu pergi jadi dia mengajak rakan sekelasnya. Esok malam Jumaat mereka akan bertolak menaiki van ayah Asyikin yag dipandu oleh pekerjanya Abag Muaz . Keterujaan mereka terserlah apabila mereka tersenyum seorang diri.
Dalam perjalanan pulang ke rumah Atika dan Farah pulang dengan berjalan kaki , seorang kanak -kanak kecil menangis melihat mereka kerana kanak-kanak itu snagka Atika dan Farah gila kerana senyum seorang diri . Hampir saja Farah melanggar tiang di perhentian bas kerana asyik mengelamun.
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba selepas Isyak Abang Muaz datang menjemput mereka dirumah masing-masing. Van hijau itu dipenuhi beg-beg mereka kalau boleh dengan rumah-ruamh hendak diangkat sama. Mlam yang dingi membuatkan 12 kali Abang Muaz memberhentikan van untuk mereka buang air dan makan . Maklumlah terlalu teruja hingga tidak sempat makan di rumah . Abang Muaz hanya mampu menggelengkan kepala kepalanya melayan kerenah mereka berempat .
Jam menunjukkan pukul 2.50 pagi . mereka selamat tiba di Hotel Teratai . Mereka mengambil kunci dan sambung tidur di bilik manakala Abang Muaz pulang ke rumah pak ciknya . Dalam perjalanan ke bilik mereka terserempak dengan seorang leleki yang kacak . Bulat mata mereka berempat ,tidak dihiraukan tahi mata dan air liur basi yang bertempek di muka
BERSAMBUNG ..............
No comments:
Post a Comment